Wednesday, March 31, 2010

10. Ulangkaji ke-2


Kitab ini dalam bahasa Melayu (moden) pun ada, tetapi tebal sedikit. Dalam tulisan jawi, nipis sahaja. Kitab ini pula menggunakan bahasa jawi lama dialek Patani. Hendak membacanya pening juga. Tambahan pula ia tidak ada titik, dari mula hingga habis kitab. Di mana tempat berhenti? Kita kena periksa terlebih dahulu. Jika tidak kita akan tersambung dua tiga ayat sekaligus.


Dan ia tidak ada perenggan. Habis satu-satu cerita sepatutnya masuk perenggan baru tetapi kitab ini tidak. Dari mula sampai habis tidak ada perenggan, susah kita hendak baca. Namun begitu insyaallah kita boleh juga ambil manfaat daripada kitab ini.


Sebelum kita masuk pelajaran hari ini, kita imbas sedikit kuliah yang lalu.


Dalam kuliah yang lalu kita telah mengenalpasti asal perkataan “sembahyang’. Dari mana datang perkataan “sembahyang”? Orang Melayu zaman dahulu sebut “Hyang” itu sebagai Tuhan. Jadi “sembah Tuhan”, iaitu “sembah Hyang”. Tapi sekarang ramai orang gunakan istilah “solat”. Itu istilah yang lebih tepat.


Kemudian kita berkenalan dengan solat wusto. Apa dia solat wusto? Solat wusto ialah solat Asar. Apabila orang sebut kepada kita “solat wusto”, kita fahamlah maksudnya solat Asar.


Yang ketiga khusyuk. Macama mana yang dikatakan khusyuk dalam solat? Khusyuk dalam solat ini ialah tetap hati dan tetap anggota ketika solat. Hati pun teringat kepada Tuhan, teringat kepada bacaan-bacaan, teringat pada sembahyang…badan kita pun tidak banyak bergoyang-goyang. Yang itulah khusyuk. Khusyuk luaran dan khusyuk dalaman.


Yang keempat, dalam kalangan kita ada orang-orang yang seolah-olah sentiasa dalam keadaan bersembahyang. Bagaimana dia jadi begitu? Padahal dia sembahyang lima waktu juga. Orang jenis ini, selepas sembahyang fardhu Zohor, hati dia sudah seronok hendak mengerjakan solat Asar. Dia sudah ternanti-nanti hendak solat Asar. Selepas sembahyang Asar, dia sudah berasa seronok hendak bersembahyang Maghrib. Begitulah seterusnya. Orang seperti ini seolah-olah sentiasa dalam keadaan bersembahyang.


Yang kelima, cirri-ciri orang beriman. Ada 3 ciri:

  1. jaga solat lima waktu.
  2. bersungguh-sungguh dalam solat fardhu Asar.
  3. melakukan ibadah solat tadi dengan perasaan taat, bukan kerana terpaksa.

Mengapa dikatakan sembahyang fardhu Asar ini lebih utama daripada sembahyang yang lain? Satu ketika Nabi Muhammad dengan para sahabat berada dalam satu peperangan. Apabila sampai waktu sembahayang fardhu Zohor, mereka pun sembahyang berjemaah. Ketika sembahyang berjemaah itu, orang kafir musyrik melihat orang Islam sembahyang. Kalau tunduk semua tunduk. Bila tok imam sujud, semua sujud.


Jadi orang kafir berkata (sekadar contoh): “Selepas ini kita serang mereka ketika mereka sedang bersembahyang. (Kerana) apabila rukuk semua rukuk. Apabila sujud semua sujud.”


Maka kata orang kafir: “Sembahyang selepas sembahyang Zohor ini, maksudnya sembahyang Asar, lebih orang Islam sayang.” Ini menunjukkan sembahayang Asar lebih penting.


“Jadi dalam sembahyang Asar inilah kita akan menyerang mereka.”


Elok hendak sampai waktu Asar, datang malaikat Jibril mengajar Nabi Muhammad cara-cara sembahyang dalam keadaan takut. Apabila tiba waktu Asar. Orang Islam pun terus mempraktikkan cara sembahyang dalam keadaan takut (berjaga-jaga). Bagaimana caranya?


Buat dua barisan. Tok imam di depan, kemudian barisan pertama dan barisan kedua. Apabila tok imam rukuk, barisan pertama rukuk bersama tetapi barisan kedua tidak rukuk, tetap berdiri lurus. Maksudnya ada mata yang melihat musuh.


Kemudian apabila tok imam iktidal “Sami’allahulimahamidah”, barisan pertama turut iktidal, barisan kedua baru turun rukuk. Kemudian apabila tok imam sujud, barisan pertama turut sujud, barisna keuda bangun iktidal. Jadi orang musyrik tak boleh hendak serang.


Kalau tidak, waktu rukuk semua sujud, waktu rukuk semua rukuk. Kali ini tidak. Ada yang sujud, ada yang tidak. Itulah (antara contoh) sembahyang ketika takut.. Ia turun untuk sembahyang fardhu Asar, menunjukkan kelebihan sembahyang fardhu Asar.


Dan akhirnya pada kuliah yang lalu kita telah mendengar lagu sembahayang. Lagu sembahyang ini pendek sahaja. Kita ulang sikit, sebagai me”refresh”kan balik, dalam dialek Kelantan.


Semaye semaye semaye

Maghi kite tubik semaye

Semaye semaye semaye

Maghi kite tubik semaye


Semaye nombor sa nama dia semaye Subuh

Bangun celik mata teghoh buak tok sir tangguh

Ini benda wajik kene buak sungguh-sungguhhh

Kalau tidak semaye ghumahtangga tidak kukuh


Ewah!