Monday, March 15, 2010

9. Solat Wusto



“Dikehendaki dengan solatul wusto iaitu sembahyang “Asar.”


Sebelum ini sudah dikatakan - Jaga sembahyang lima waktu, jaga sembahyang wusto. Wusto ialah sembahyang Asar.


“Adapun sebab ditentukan dengan menyebut akan dia (solat wusto) kerana kelebihannya dan mulianya atas yang lainnya.”


Kata tuan kitab ini, sembahyang Asar lebih tinggi darjatnya daripada sembahyang fardhu yang lain. Sebenarnya para ulama berselisihan pencapat/ berkhilaf- sembahyang manakah yang paling utama? Ada ulama kata sembahyang Zohor, ada kata Asar, ada kata Subuh... Namun menurut tuan kitab ini, sembahyang yang paling afdhal ialah sembahyang Asar. Sebab itu ia disebut.


Apabila sembahyang lima waktu disebut, maksudnya sekaligus kelima-lima waktu. Tetapi disebut juga sembahyang Asar/ wusto untuk menunjukkan ketinggian sembahyang Asar itu. Jadi kita kena jaga sembahyang Asar ini lebih.


“Dan adalah sebab diturunkan ayat kerana memudahkan tatkala sembahyang tatkala takut, bahawasanya adalah orang Islam serta Rasulullah pada setengah daripada peperangan.”


Sembahyang berjemaah kita ini ada sembahyang biasa, dan ada “sembahyang (ketika) takut”. Cara-cara bersembahyang ketika takut turun pada waktu Asar.”


Suatu ketika Nabi Muhammad dan para sahabat pergi berperang. Masuk waktu sembahyang Zohor, orang Islam pun sembahyang berjemaah. Orang kafir tengok- apabila tok imam tunduk, semua orang Islam tunduk. Jadi salah seorang daripada orang kafir kata (sekadar menggambarkan): “Selepas ini kita serang mereka ketika mereka sedang bersembahyang. Tengok, waktu tunduk semua tunduk. Kalau sujud semua sujud. Ketika itulah kita serang.” Itulah akal yang dia dapat.


Sampai waktu Asar, ketika orang Islam hendak sembahyang berjemaah, datang malaikat Jibril. Malaikat Jibril berjumpa dengan Nabi Muhammad lalu mengajarkan cara-cara solat ketika takut. Bagaimana cara sembahyang dalam keadaan takut?


Antara kaedahnya kena buat dua barisan (sebagai contoh). Depan sekali tok imam , kemudian barisan pertama dan barisan kedua. Apabila tok imam rukuk, barisan pertama akan rukuk sekali. Tetapi barisan kedua tidak rukuk, masih berdiri.


Apabila tok imam iktidal “Sami’allauliman hamidah”, barisan pertama iktidal sekali sementara barisan belakang akan rukuk. Begitu strateginya. Maksudnya bukan semua sekali tunduk. Ada yang bangun ada yang tunduk. Kemudian apabila tok imam sujud, barisan pertama semua sujud sementara barisan belakang melakukan iktidal. Jadi boleh nampak musuh datang.


Sesiapa masuk askar biasanya diajar cara-cara sembahyang ini. Angkatan tentera kita melakukannya sebagai latihan ketika di dalam hutan dan di luar negara. Orang depan sujud, orang belakang berdiri. Orang depan duduk antara dua sujud, orang belakang sujud. Maksudnya ada mata yang melihat kepada musuh.


Jadi cara-cara sembahyang takut ini turun pada waktu sembahyang Asar. Sebab itu dikatakan sembahayang Asar ini lebih daripada semabhayang-sembahyang lain dari segi keafdhalannya.


“Bahawasanya adalah orang Islam serta Rasulullah pada setengah peperangan sembahyang Rasulullah sembahyang Zohor atas jalan adatnya.”


Ketika perang, Nabi Muhammad dan para sahabat sembahayang Zohor berjemaah.


“Dan adalah musyrikun (iaitu orang-orang musyrik) hampir dengan mereka itu melihat ia akan muslimin.”


Ketika orang Islam bersembahyang, orang kafir melihat cara-cara kaum muslimin sembahyang.


No comments:

Post a Comment