Wednesday, February 24, 2010

7. Asal Sebutan Sembahyang

MUNYATUL MUSOLLI 7 Asal Sebutan Sembahyang


Kitab ini temanya sembahyang. Sebagaimana yang kita faham, (ibadah) sembahyang ini sangat penting hinggakan diletakkan pada baris yang kedua selepas dua kalimah syahadah dalam Rukun Islam.


Pernah dengar lagu “Sembahyang”? Lagu “Sembahyang” ini dalam bahasa dialek Kelantan.


Semaye semaye semaye

Maghi kite tubik semaye

Semaye semaye semaye

Maghi kite tubik semaye


Semaye nombor sa nama dia semaye Subuh

Bangun celik mata teghoh buak tok sir tangguh

Ini benda wajik kene buak sungguh-sungguhhh

Kalau tidak semaye ghumatangga tidak kukuh

Ewah!


Semaye semaye semaye

Maghi kite tubik semaye


Begitu cerita sembahyang sampaikan orang buat lagu- kepentingan sembahyang.


Sebelum kita sambung kitab kita ini, dalam masa yang singkat saja (kita lihat asal sebutan “sembahyang”)… Dari mana datangnya perkataan “sembahyang”?


Orang Arab sebut “solat”, kita sebut “sembahyang”- bahasa Melayu. Zaman dahulu orang Melayu menyebut Tuhan sebagai “Hyang”. Hyang itu Tuhan. Jadi apabila tiba agama Islam yang ada ibadah solat seperti ini, orang Melayu menyebutnya “sembah Hyang”, iaitu “sembah Tuhan”. Sampailah zaman kita (sekarang), kita sebut “sembahyang”.


Pada Batu Bersurat Terengganu, walaupun ia dalam tulisan jawi dan ditulis oleh orang Islam, namun tidak ditulis “Allah”. Kalau tidak silap saya, Tuhan (pada Batu Bersurat Terengganu) disebut Dewata Mulya Raya.


Dewasa ini heboh isu nama “Allah”. Orang bukan Islam hendak menggunakan nama “Allah”, boleh ataupun tidak? Jawapannya – tidak boleh. Ada pula bekas mufti iaitu Dr, Asri kata boleh. Katanya ayat Quran sekian sekian mengatakan boleh. Apabila kita selidik kembali artikel (tulisannya itu, saya jawab keseluruhan artikel itu DI SINI) itu, rupa-rupanya ayat Quran yang dia maksudkan bercerita tentang orang-orang Arab Musyrik pada zaman Nabi Muhammad.


Orang-orang Arab pada zaman itu apabila menyebut “Allah”, memang mereka menisbahkannya kepada Tuhan (bukannya mana-mana berhala, individu ataupun makhluk lain). Mereka percaya (akan adanya) Allah, cuma mereka menyekutukan-Nya dengan berhala-berhala. Mereka mensyirik akan Allah dengan menyembah berhala-berhala. Sebab itu dinamakan musyrikin.


Jadi memang betullah orang-orang musyrik Arab itu. Apabila mereka sebut “Allah”. mereka maksudkan Tuhan Sebenar (bukannya mana-mana berhala, individu ataupun makhluk lain). Mereka tidak kata “Allah” itu berhala mereka. Mereka tidak kata “Allah” itu sebagai tokoh-tokoh agama mereka. Mereka sebut “Allah”, maksudnya Tuhan Sebenar. Itulah fahaman orang-orang Arab musyrik (di sekeliling Nabi Muhammad ketika itu)


Namun mereka yang hendak menggunakan kalimah “Allah” di Malaysia hari ini ialah orang-orang Kristian, khususnya Kristian Triniti. Mereka hendak menggunakan kalimah “Allah” ini untuk ditujukan kepada Nabi Isa. Mana boleh! Mereka hendak tujukan pada Nabi Isa dan pada Roh Kudus! Sekiranya mereka tujukan “Allah” kepada Tuhan Sebenar, tentulah boleh.


Sebab itulah kita menentang.


Dalam Al-Quran, tidak ada satu ayat pun yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan sebutan nama “Allah” untuk ditujukan kepada tuhan mereka. Jika mereka gunakan “Allah” untuk ditujukan kepada Allah (Tuhan Sebenar), boleh. Contohnya apabila mereka mengatakan: “Allah (iaitu Tuhan sebenar, bukan mana-mana makhluk) yang menjadikan langit dan bumi,” betullah. Tapi jika mereka mengatakan: “Yang mati disalib itu (iaitu Jesus) ialah Allah,”- tidak boleh! Padahal itulah yang mereka hendak cuba lakukan. (Antara buktinya, sila lihat dialog saya dengan orang Kristian di SINI)


Hal ini berbahaya. Oleh itu orang Islam tidak bersetuju kalimah “Allah” digunakan oleh bukan Islam, kecuali mereka menggunakannya untuk Tuhan yang sebenar.


No comments:

Post a Comment